Siti Rahimah Raja Masittah Adi Yasran Dan Mohd -Books Pdf

SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD
19 Feb 2020 | 19 views | 0 downloads | 29 Pages | 795.40 KB

Share Pdf : Siti Rahimah Raja Masittah Adi Yasran Dan Mohd

Download and Preview : Siti Rahimah Raja Masittah Adi Yasran Dan Mohd


Report CopyRight/DMCA Form For : Siti Rahimah Raja Masittah Adi Yasran Dan Mohd



Transcription

JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif Dapatan kajian menunjukkan. bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam penetapan. jati diri mereka Selain bahasa terdapat beberapa faktor lain yang. boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat termasuklah budaya. geografi leluhur dan agama Kajian ini memberikan gambaran. sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan. Kata kunci dialek Kelantan negeri Terengganu Besut masyarakat. Besut jati diri, The community of Besut in Terengganu mainly uses the Kelantanese. dialect as their main dialect As dialect plays an important role in. reflecting the identity of a community of speakers this study aims to. link dialect with the identity of the Besut community This study was. conducted using a modified framework based on Abdullah Hassan s. Identity Construction the Sapir Whorf hypothesis and the Wave. Theory A total of 120 respondents from Besut were selected using. a questionnaire The data was then analysed using quantitative and. qualitative analysis The findings of this study reveal that the use of. dialect is that the speakers do not only use dialect to determine self. identity Apart from dialect several other factors also play a part such. as culture geographical location ancestry and religion This research. provides insight into the true identity of speakers of the Kelantanese. dialect in Besut, Keywords Kelantanese dialect Terengganu Besut Besut community. PENDAHULUAN, Dialek di Malaysia mewakili anggota masyarakat di sesebuah negeri. Pengklasifikasian dialek di Malaysia berasaskan kawasan geografinya. iaitu Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak. Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sabah dan Sarawak Uniknya. jajahan politik tersebut bukan sahaja melambangkan nama kawasan. geografi bahkan mewakili identiti dialek yang dituturkan di kawasan. tersebut Misalnya orang yang tinggal di kawasan geografi Kedah. dikatakan penutur dialek Kedah orang yang tinggal di kawasan geografi. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Kelantan dikatakan penutur dialek Kelantan dan begitulah seterusnya di. negeri negeri lain, Perbezaan bentuk atau ragam bahasa tersebut terjadi kerana wujudnya.
pemisahan kawasan geografi yang terhalang oleh hutan rimba bukit. bukau dan gunung ganang lalu masyarakat dari kawasan geografi tersebut. mengalami pengasingan dari segi komunikasi budaya dan cara hidup. Seterusnya pemutusan komunikasi dan interaksi sosial antara kedua. dua masyarakat tersebut menghasilkan cara pertuturan cara hidup dan. budaya hidup yang berbeza Malaysia khususnya merupakan negara yang. mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan dikelilingi hutan. rimba yang tebal Oleh itu pemisahan secara geografi merupakan salah. satu faktor yang mendorong kepada perbezaan ragam bahasa antara satu. kawasan dengan kawasan yang lain, Hal ini bertepatan dengan definisi dialek yang diberikan oleh. kebanyakan ahli dialektologi yakni dialek sebagai satu ragam bahasa yang. dapat dibezakan dengan tegas daripada ragam ragam lain melalui ciri ciri. lafaz kosa kata atau tatabahasanya Collins 1986 Dialek tersebut walau. bagaimanapun masih mempunyai persamaan dan kefahaman menyaling. antara satu sama lain Hal ini dikatakan demikian kerana dialek tersebut. berasal daripada satu bahasa induk yang sama lalu Chambers dan Trudgill. 1990 menganggap dialek sebagai cabang cabang kecil sesuatu bahasa. dan terdapat banyak faktor yang mewujudkan kepelbagaian dialek seperti. demografi sosiobudaya dan juga sejarah Asmah 2008 134. Kepelbagaian dialek yang wujud daripada banyak faktor sudah. tentu mewujudkan kepelbagaian jati diri dan personaliti dalam kalangan. penutur dialek tersebut kerana komuniti yang menuturkan dialek yang. berbeza dianggap sebagai komuniti luar Kepelbagaian dialek itu juga. menyebabkan sesebuah komuniti khususnya masyarakat Malaysia. lebih cenderung dikenali berdasarkan ciri linguistik yang dituturkannya. Menurut Zainal Abidin 2011 59 60 sesuatu pertuturan itu ialah tingkah. laku sosial dan sekali gus mempunyai ciri ciri fungsi sosial peranannya. bukan sahaja sebagai alat perhubungan malah merupakan cara terbaik. untuk mengenal sesuatu kumpulan atau masyarakat sosial Maka dialek. sebagai sebahagian daripada bahasa dilihat mempunyai salah satu kuasa. untuk menentukan identiti atau jati diri seseorang individu. Hubungan antara bahasa dengan jati diri yang kompleks ini bukan. hanya berlaku di negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti di. Malaysia situasi ini turut berlaku di serata dunia Contohnya seperti orang. JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, Algeria yang dilahirkan dan dibesarkan oleh mereka yang berketurunan. Algeria di negara Perancis mungkin beliau ingin dikenali sebagai Algerian. walaupun bertutur dalam bahasa Perancis Namun apabila ke luar negara. dia mungkin lebih senang dikenali sebagai orang Perancis Kramsch. 1998 69 Situasi tersebut menunjukkan bahawa jati diri setiap individu. adalah bersifat subjektif dan tidak tetap mengikut sesebuah bahasa atau. bangsa Oleh itu dialektologi dan sosiolinguistik merupakan cabang ilmu. penting untuk mengungkapkan keadaan sosial dalam sesebuah masyarakat. penutur Malah menurut Miroslava 2012 164 kepentingan bahasa. dari sudut identiti seseorang dan keinginan untuk memahami hubung. kait antara kedua duanya diberikan perhatian yang mendalam oleh para. pengkaji sejak dahulu lagi Sementara itu jumlah penerbitan ilmiah yang. semakin bertambah serta pendekatan penyelidikan yang berubah ubah. merupakan bukti bahawa kajian ini masih relevan dilakukan. LATAR BELAKANG DAERAH BESUT,Sejarah Besut, Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang unik kerana jajahannya. memperlihatkan ketidakseragaman dialek di beberapa kawasan Kawasan. yang dimaksudkan ialah di Hulu Terengganu Setiu dan Besut Bagi. daerah Hulu Terengganu ketidakseragaman tersebut dikenali sebagai. subdialek namun di daerah Besut ketidakseragaman tersebut disebabkan. oleh faktor sosial dan faktor geografinya sebagai kawasan peralihan antara. dua negeri yakni Terengganu dan Kelantan Sebagai salah sebuah daerah. jajahan Terengganu yang terletak di bahagian utara negeri Kelantan Besut. dianggap sebagai sebuah daerah yang istimewa kerana para penduduknya. tidak menuturkan dialek Terengganu sebaliknya dialek yang dituturkan. dalam kehidupan harian mereka ialah dialek Kelantan Oleh sebab. kedudukannya yang terletak jauh dari kawasan asal dialek Terengganu. maka wujud jurang dalam pertuturan antara masyarakat Besut dengan. masyarakat negeri Terengganu yang lain, Sejarah awal Besut dicatatkan bermula di sekitar Sungai Besut yang. dikenali juga sebagai Palembang Besut pada asalnya merupakan sebuah. kawasan yang bernaung di bawah kuasanya sendiri yakni sebuah kawasan. yang berautonomi sendiri dan tidak termasuk dalam jajahan negeri lain. Namun Besut mula menjadi naungan Terengganu apabila ketua Besut. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Rajah 1 Peta persempadanan Besut dan Kelantan, pada ketika itu telah meminta bantuan daripada Sultan Terengganu.
iaitu Sultan Mansor I 1726 1799 untuk melindungi Besut daripada. ancaman lanun yang semakin bermaharajalela di perairan Besut Sebagai. balasannya Besut telah ditawarkan menjadi sebahagian daripada jajahan. Terengganu dan bermula daripada perjanjian tersebut Besut secara. rasminya telah menjadi kepunyaan Terengganu dan raja pertama yang. memerintah negeri Besut ialah putera Sultan Mansor I iaitu Tengku Kadir. Mat Hussin 1989 71, Sebagai kawasan yang berdekatan dengan laut dan kaya dengan hasil. bumi Besut mula menjadi tumpuan pendatang dari kawasan berdekatan. iaitu Kelantan dan Patani Selain itu peristiwa perang antara Tok Janggut. dengan pihak Inggeris di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915 telah. mewujudkan sejumlah besar penghijrahan orang Melayu Kelantan ke. Besut Mat Hussin 1989 75 76 Seterusnya menurut bekas Pegawai. Kebudayaan Daerah Besut iaitu Yusoff Kassim melalui temu bual di. Kampung Raja pada 6 Februari 2015 kedatangan guru agama dari Patani. telah mewujudkan sistem pendidikan pondok di Besut maka aktiviti. JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, keagamaan yang dijalankan adalah dalam dialek Melayu Patani yang. hampir menyamai dialek Kelantan,Objektif dan Permasalahan Kajian. Kepesatan penghijrahan orang Melayu Kelantan dan kelompok. masyarakat dari kawasan yang mempunyai dialek Kelantan Patani ke. Besut menjadikan mereka sebagai golongan majoriti yang mendiami. Besut Sebagai golongan majoriti cara hidup dan budaya mereka telah. mempengaruhi cara hidup dan budaya golongan masyarakat minoriti yang. berasal dari Terengganu Rentetan daripada situasi geobudaya tersebut. kecenderungan untuk menggunakan dialek Kelantan dalam kalangan. masyarakat Besut adalah tidak dapat dielakkan Biarpun hakikat bahawa. masyarakat Besut merupakan masyarakat Terengganu yang menuturkan. dialek Kelantan telah lama diketahui umum namun demikian perihal jati. diri masyarakat Besut masih menjadi persoalan yang belum mendapat. penelitian secara ilmiah Hal ini dikatakan demikian kerana bukan bahasa. sahaja yang mampu mempengaruhi jati diri seseorang namun faktor. lain dari segi sosial dan geografi juga mampu berbuat begitu Oleh itu. kawasan kajian ini merupakan daerah yang istimewa lantaran sejarah. awalnya melibatkan migrasi dua kumpulan penduduk dari dua buah negeri. yang berlainan dialek ke daerah tersebut Didapati hanya dialek daripada. kelompok majoriti dialek Kelantan yang masih mampu bertahan sehingga. hari ini manakala dialek daripada kelompok minoriti dialek Terengganu. telah hilang fungsinya sebagai alat komunikasi dalam kalangan penutur. di daerah tersebut Tambahan pula masyarakat Besut menyebut orang. yang berdialek Terengganu sebagai orang Terengganu sedangkan pada. hakikatnya dari segi politik dan geografinya orang Besut itu sendiri ialah. orang Terengganu, Berdasarkan situasi kebahasaan tersebut jelas bahawa dialek yang. dituturkan tidak semestinya mewakili kawasan politik yang didiami. Seterusnya ketidakseragaman kawasan geografi politik dengan kawasan. geografi linguistik dapat menimbulkan persoalan jati diri dalam kalangan. penuturnya kerana baik politik negeri mahupun ciri linguistik merupakan. agen penting dalam pembentukan jati diri seseorang individu Maka. persoalan dialek dan jati diri masyarakat Besut ini merupakan sesuatu. yang masih belum dirungkai Umum menyedari bahawa masyarakat. Besut bertutur dalam dialek Kelantan namun demikian tiada pula kajian. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. yang membuktikan bahawa jati diri masyarakat Besut adalah seragam. dengan dialek yang dituturkan Tidak dinafikan bahawa perihal Besut. pernah disebut oleh para pengkaji bahasa dan budaya di Malaysia namun. kajian tersebut lebih memberikan penekanan kepada aspek fonologi. sejarah dan kebudayaan masyarakat Besut Berdasarkan permasalahan. tersebut objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menghubungkaitkan. penggunaan dialek dengan pembentukan jati diri masyarakat Besut. Pelaksanaan kajian ini berdasarkan kerangka pembentukan jati diri. Abdullah 2009 yang telah diubah suai Pengertian jati diri dalam kajian. ini secara amnya dirujuk sebagai ciri ciri yang mewujudkan rasa kekitaan. dalam kalangan anggota masyarakat penutur dialek itu. HUBUNGAN ANTARA DIALEK DENGAN JATI DIRI, Sa adiah 2011 dalam kajiannya yang bertajuk Sikap Bahasa dan Identiti.
Kajian Kes Masyarakat Narum Sarawak memberikan perhatian pada. hubungan antara dialek dengan jati diri dengan menekankan dua lakuan. bahasa iaitu sikap imaginari dan afektif Sikap imaginari ialah apa apa. yang diharapkan berlaku manakala sikap afektif ialah penghayatan dengan. penuh keyakinan dan penyertaan yang mendalam terhadap unsur bahasa. dengan memfungsikannya dalam bentuk amalan Daripada kajian tersebut. responden berpendapat bahawa kesetiaan terhadap bahasa dan bangsa. responden tidak bergantung pada bahasa atau dialek yang dituturkannya. Mereka berpendapat bahawa untuk menunjukkan lambang jati diri. mereka bahasa ibunda tidak semestinya digunakan dalam kehidupan. seharian kerana tanpa menuturkan bahasa tersebut sekalipun mereka. masih boleh mewujudkan kesetiaan terhadap bahasa dan bangsa ibunda. mereka Dapatan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan anggota. penutur bahasa Narum berasa mereka mencintai bahasa mereka tetapi. realitinya adalah sebaliknya Kecintaan mereka terhadap bahasa hanyalah. dalam bentuk imaginasi, Sa adiah merumuskan bahawa hubungan antara bahasa dengan jati. diri amat dicirikan oleh sikap afektif kerana sikap afektif yang tinggi dan. positif dapat mengekalkan bahasa dan seterusnya dapat mengukuhkan. identiti bangsa mereka Beliau berpendapat bahawa kes kebahasaan. dalam kalangan masyarakat Narum ini menunjukkan semangat dan cita. cita masyarakatnya belum cukup untuk memastikan sesuatu bahasa dapat. berkembang sehingga menjadi asas pengukuhan identiti Kes masyarakat. JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, Narum tersebut menunjukkan bahawa sesuatu bahasa atau dialek dapat. menjadi asas pengukuhan identiti apabila bahasa tersebut digunakan. dalam setiap lapangan sosial ekonomi mahupun politik Hal ini dikatakan. demikian kerana bahasa ibunda merupakan asas pembinaan dan pengekalan. identiti Maka sikap terhadap bahasa dalam kalangan masyarakat Narum. menunjukkan fenomena yang unik apabila bahasa mereka tidak berfungsi. dalam pelbagai aspek kehidupan tetapi diimaginasikan dan diidamkan. menjadi tanda identiti oleh kebanyakan anggota masyarakatnya. Singh 2000 dalam buku yang bertajuk Language Society and. Power An Introduction membincangkan tekanan bahasa dan jati diri yang. dihadapi oleh etnik minoriti di dua buah negara iaitu Amerika Syarikat. dan United Kingdom Menurut Singh 2000 92 sebanyak 80 hingga 90. daripada populasi 30 juta etnik African American menuturkan bahasa. etnik mereka iaitu African American Vernacular English AAVE atau. dikenali sebagai Ebonic Walaupun menyedari bahawa bahasa mereka tidak. diterima oleh komuniti setempat namun etnik African American tetap. berpegang teguh dengan jati diri mereka dan tetap berusaha mengekalkan. identiti bahasa kepunyaan etnik mereka Lalu sehingga hari ini bahasa. Ebonics masih dituturkan oleh sebilangan besar populasi African. American di Amerika Syarikat sebagai lambang jati diri dan perbezaan. etnik mereka daripada kelompok lain Nasib yang sama turut menimpa. etnik minoriti di United Kingdom apabila bahasa Inggeris bangsa kulit. hitam British British Black English yang dikenali sebagai bahasa Patois. turut tidak diiktiraf dalam kehidupan etnik majoriti di sana Namun begitu. mereka amat mengiktiraf peranan bahasa tersebut sebagai lambang jati diri. etnik mereka Penggunaannya yang meluas oleh penuturnya menonjolkan. jati diri kaum mereka sebagai bangsa kulit hitam British walaupun mereka. hanyalah etnik minoriti di sana Malah golongan ini menganggap bahawa. menggunakan bahasa komuniti etnik lain termasuklah bahasa etnik. majoriti setempat sebagai penafian atau pengkhianatan terhadap jati diri. budaya dan etnik mereka Singh 2000 94, Berdasarkan kedua dua kes tersebut dapat disimpulkan bahawa. bahasa merupakan penanda penting untuk mengekalkan jati diri sesebuah. etnik Oleh itu perbezaan linguistik antara etnik menimbulkan perbezaan. jati diri yang seterusnya menimbulkan kesulitan dan konflik terhadap. golongan tersebut Selain itu kajian yang dilakukan oleh Raja Masittah. 2007 2010 terhadap masyarakat di Pulau Kokos membuktikan bahawa. bahasa Melayu masih menjadi bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Melayu etnik majoriti di sana walaupun bahasa tersebut berada di luar. alam penyebarannya Hal tersebut terjadi sedemikian kerana wujudnya. rasa kesetiaan dan kecintaan kepada bahasa ibunda yang diwarisi oleh. leluhur mereka Maka faktor utama yang melangsungkan kelestarian. bahasa Melayu di Pulau Kokos adalah kerana jati diri masyarakat itu. sendiri Kes kebahasaan komuniti Ebonic Patois dan orang Melayu. Kokos ini menunjukkan bahawa baik golongan minoriti mahupun. majoriti kedua dua golongan tersebut berusaha untuk mengekalkan. dan mempertahankan jati diri etnik mereka melalui penggunaan bahasa. nenek moyang mereka Meskipun terdapat perbezaan status majoriti atau. minoriti antara ketiga tiga bahasa tersebut namun ketiga tiga penutur. bahasa tersebut mempunyai persamaan dari segi keazaman dan kegigihan. untuk mempertahankan bahasa ibunda kerana bahasa tersebut merupakan. lambang jati diri mereka Berdasarkan kajian tersebut dapat dirumuskan. bahawa setiap etnik komuniti atau masyarakat dilihat sentiasa berusaha. untuk mengekalkan bahasa ibunda mereka di tempat baharu dan faktor. pengekalan jati diri bangsa atau kelompok mereka merupakan antara faktor. utama yang mendorong mereka berusaha mengekalkan bahasa mereka. METODOLOGI, Responden kajian terdiri daripada 120 orang responden Melayu yang. dipilih daripada pelbagai latar belakang Maklumat penyelidikan diperoleh. daripada butiran dan maklumat yang dikemukakan oleh responden dalam. soal selidik Sebanyak 120 set soal selidik yang telah diuji melalui kajian. rintis telah diberikan kepada para responden dengan menggunakan teknik. rambang terpandu Kajian ini menggunakan kerangka teori pembentukan. jati diri Abdullah 2009 yang diubah suai seperti yang ditunjukkan dalam. Rajah 1 Seterusnya Hipotesis Sapir Whorf yang dikembangkan oleh. Jufrizal dan rakan rakannya 2007 turut digunakan untuk menghuraikan. elemen budaya dan jati diri manakala teori gelombang Schmidt yang. dikembangkan oleh Yulia Estri Katrini 2010 digunakan untuk meneliti. elemen geografi leluhur dan agama,JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017.
Kerangka Teori Pembentukan Jati Diri Abdullah 2009. Menurut Abdullah 2009 67 terdapat lima ciri yang menentukan jati diri. bangsa iaitu bahasa budaya geografi leluhur dan agama Konsep teori. tersebut dapat diringkaskan seperti di bawah, 1 Menuturkan satu bahasa yang sama tidak semestinya muktamad. menyatakan jati diri yang sama, 2 Masyarakat yang mewarisi kebudayaan yang sama dianggap sebuah. bangsa yang sama dan walau di mana sekalipun sesebuah bangsa. itu berada pengekalan ciri kebudayaan dan cara hidup tersendiri. membolehkan mereka mengekalkan jati diri mereka sebagai salah. seorang bangsa tersebut, 3 Bermastautin di kawasan geografi yang sama tidak semestinya. berkongsi jati diri yang sama, 4 Orang yang berasal daripada leluhur yang sama mewarisi ciri leluhur. 5 Orang yang menganut agama yang sama bebas mempunyai jati diri. bangsanya Namun begitu kajian ini tidak menekankan aspek agama. dalam kalangan bangsa kerana aspek yang ditekankan dalam kajian. ini ialah aspek jati diri masyarakat Besut melalui penggunaan dialek. dalam aktiviti keagamaan mereka, Kelima lima ciri pembentukan jati diri dalam Rajah 2 merupakan.
elemen atau model kajian ini Namun demikian kajian ini berusaha. untuk menjawab persoalan mengenai bahasa maka elemen bahasa telah. Ciri Pembentukan Jati Diri,Bahasa Budaya Geografi Leluhur Agama. Rajah 2 Ciri pembentukan jati diri Abdullah Hassan 2009. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Ciri Pembentukan Jati Diri,Budaya Geografi Leluhur Agama. Rajah 3 Ciri pembentukan jati diri Abdullah Hassan 2009 yang diubah suai. dijadikan sebagai domain utama kajian Elemen lain seperti leluhur. geografi budaya dan agama merupakan elemen yang mempengaruhi. kewujudan elemen bahasa Pengubahsuaian elemen tersebut dapat dilihat. seperti dalam Rajah 3,Hipotesis Sapir Whorf, Penekanan utama hipotesis ini ialah terdapat hubungan antara bahasa dengan. budaya terlebih dahulu harus diambil kira konsep bahasa dan budaya. Bahasa ialah unsur semula jadi dan wujud selari dengan penggunaannya. Terbentuknya bahasa seseorang adalah secara kultural bukan dibuat buat. atau disengajakan Kewujudan dan pengiktirafan sesuatu bahasa berlaku. apabila sekumpulan atau sekelompok komuniti menuturkan bahasa yang. sama Budaya pula ialah ciri ciri cara hidup pegangan atau persamaan. yang dikongsi bersama oleh sekumpulan masyarakat Oleh itu bahasa. mempunyai kaitan yang erat dengan budaya Budaya dalam konteks ini. merangkumi aspek kebudayaan seperti persembahan tradisional makanan. dan masakan serta cara hidup, Penekanan utama yang dikemukakan oleh hipotesis Sapir Whorf. ialah bahasa dan budaya mempunyai hubungan yang saling bertimbal. balik Oleh sebab bahasa dan budaya menawarkan pemikiran dan persepsi. yang berbeza kepada penuturnya maka perbezaan bahasa mempengaruhi. pula pemikiran penuturnya Hal ini dikatakan demikian kerana tiada. bahasa yang berkongsi pemikiran dan persepsi yang sama Bahasa dapat. dikatakan sebagai bahagian integral daripada manusia kerana bahasa. menyerap setiap fikiran dan cara penuturnya memandang dunia Jufrizal. et al 2007 10 Oleh hal yang demikian struktur bahasa menentukan. JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, pemikiran dan persepsi penuturnya begitu juga sebaliknya Bahasa dan.
pemikiran saling mempengaruhi Bahasa mempengaruhi pemikiran dan. cara berfikir manakala pemikiran pula dizahirkan melalui bahasa yang. digunakan Seterusnya perbezaan cara berfikir dan mempersepsikan alam. sekeliling ini membentuk perbezaan jati diri dalam kalangan masyarakat. Gambaran tersebut seterusnya diringkaskan secara sederhana dalam. Bahasa Budaya dan,Rajah 4 Bahasa budaya dan pemikiran. Kerangka utama yang membentuk hipotesis Sapir Whorf yang. dikembangkan oleh Jufrizal ini ialah bahasa dan budaya mempunyai. hubungan yang erat dengan pemikiran penuturnya dan pentingnya. hipotesis Sapir Whorf dalam kajian dialek dan jati diri ini ialah bahasa. boleh menjadi penentu cara berfikir kelompok masyarakat penuturnya. seterusnya menjadi lambang jati diri individu dan kelompok masyarakat. Maka kaitan antara bahasa budaya dan pemikiran penutur seperti yang. ditekankan dan dikembangkan oleh Jufrizal dan rakan rakannya melalui. kajian mereka terhadap konstruksi pentopikalan bahasa Minangkabau. merupakan kerangka hipotesis Sapir Whorf yang akan digunakan dalam. kajian ini,Teori Gelombang, Konsep teori gelombang yang dikemukakan oleh Schmidt 1872. mengemukakan bahawa pemecahan bahasa dalam ruang geografinya. adalah seakan akan riak gelombang dan saling bertimbal balik Asmah. 2008 143 Dengan erti kata lain perkembangan bahasa terjadi seperti riak. gelombang yang terhasil apabila seketul batu dicampakkan ke dalam air. Apabila batu tersebut dijatuhkan ke dalam air terbentuk satu gelombang. di sekitar kawasan batu jatuh Semakin jauh daripada titik atau pusat jatuh. batu tersebut semakin kurang riak gelombang yang kelihatan dalam air. dan semakin lama riak riak tersebut semakin hilang Berdasarkan keadaan. tersebut tempat batu jatuh dianggap sebagai kawasan pusat atau induk. sesuatu bahasa manakala riak riak air yang terbentuk mewakili jarak. penyebaran bahasa daripada kawasan induk Oleh hal yang demikian. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Tempat batu jatuh,Pusat budaya,Rajah 5 Gambaran riak gelombang. semakin kurang riak riak gelombang air semakin jauh bahasa tersebar dari. tempat induknya dan semakin berkurang ciri ciri bahasa tersebut tersebar. Ilustrasi riak gelombang yang mendasari teori gelombang tersebut dapat. digambarkan seperti dalam Rajah 5, Riak gelombang tersebut memberikan gambaran bahawa bahasa. boleh tersebar ke kawasan lain kerana penutur bahasa tersebut tersebar. ke merata tempat Walaupun tersebar ke kawasan lain bahasa tersebut. masih lagi mengalami proses pertembungan dengan bahasa induk atau. bahasa asalnya maka bahasa tersebut masih lagi mempunyai ciri ciri. bahasa induknya Semakin dekat jarak antara kawasan penyebaran dengan. kawasan bahasa induk semakin banyak ciri ciri bahasa induk yang masih. dapat dipertahankan manakala semakin jauh bahasa tersebut daripada. bahasa induknya semakin mencair ciri ciri asal bahasa tersebut di kawasan. penyebarannya Oleh itu penutur di kawasan yang berdekatan dengan. kawasan bahasa induk akan lebih banyak menunjukkan persamaan ciri. bahasa dengan bahasa induknya berbanding dengan penutur yang tersebar. ke kawasan yang lebih jauh,FAKTOR PENGGUNAAN DIALEK KELANTAN DI BESUT.
Umum mengetahui bahawa masyarakat Besut menuturkan dialek. Kelantan dalam kehidupan harian mereka namun demikian sebab sebenar. penggunaan dialek Kelantan di kawasan tersebut ialah suatu hal yang. JURNAL BAHASA JILID 17 BIL 1 JUN 2017, tidak diketahui umum Oleh itu kajian bahasa atau dialek ini berusaha. untuk meneliti faktor kewujudan dan pelestarian dialek Kelantan di Besut. dengan mengambil kira aspek pembentukan jati diri yang dikemukakan. oleh Abdullah 2009 iaitu budaya geografi leluhur dan agama Bahasa. merupakan lambang jati diri seseorang penutur maka pemerolehan dan. pengekalan bahasa dilihat sebagai salah satu faktor yang turut menyumbang. kepada pemilihan jati diri, Faktor geografi negeri Kelantan yang lebih dekat dengan Besut telah. memberikan ruang kepada penduduk Besut untuk selalu berulang alik ke. pusat pentadbiran Kelantan iaitu Kota Bharu Sebagai pusat pentadbiran. Kelantan Kota Bharu menjadi tumpuan dan tempat berkumpul masyarakat. negeri Kelantan yang datang dari segenap kawasan dan daerah Penumpuan. masyarakat Kelantan di Kota Bharu kemudiannya telah menjadikan Kota. Bharu sebagai pusat budaya negeri Kelantan Hal ini bermakna segala. aktiviti kebudayaan kesenian dan keagamaan masyarakat negeri Kelantan. tertumpu di Kota Bharu Percampuran penduduk Besut dengan masyarakat. Kelantan tersebut menjelaskan betapa akrabnya hubungan antara. masyarakat Besut dengan budaya dan cara hidup Kelantan dan sehingga. hari ini cara hidup tersebut masih diamalkan oleh penduduk Besut. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas seperti dalam Rajah 6 apabila. majoriti responden mengaku mengamalkan cara hidup Kelantan dalam. hidup mereka manakala peratusan dalam Rajah 7 pula menunjukkan. bahawa separuh daripada keseluruhan populasi mengaku mengamalkan. cara hidup Kelantan kerana menuturkan dialek Kelantan Hubung kait. antara budaya dengan bahasa ini turut disebut oleh Saville 1991 211. bahawa apabila kawasan yang dikuasai itu mempunyai tradisi budaya. dan perasaan keagungan budaya yang teguh ada kemungkinan bahasa. tempatannya akan menang Hal ini bermakna asimilasi dan penyebaran. elemen kebudayaan Kelantan yang kuat dalam kalangan masyarakat Besut. menjadikannya salah satu daripada elemen kebudayaan yakni bahasa. sebagai elemen asas dalam kehidupan mereka Maka aspek kehidupan. seperti budaya dan bahasa merupakan asas pembinaan pemikiran dan jati. diri masyarakat Sosialisasi tersebut akan memupuk nilai dan rasa kekitaan. dalam diri setiap anggota kelompok sosial, Proses sosialisasi antara masyarakat Besut dengan masyarakat. Kelantan secara tidak langsung mengukuhkan lagi asimilasi dialek. SITI RAHIMAH RAJA MASITTAH ADI YASRAN DAN MOHD SHARIFUDIN. Jadual 1 Pemilihan muzik dan tarian tradisional berdasarkan negeri atau dialek. Jawapan Kekerapan N Peratus,Mengikut negeri 34 28 3. Mengikut dialek yang 82 68 3,dituturkan,Kedua duanya 1 0 8.
Jumlah 117 97 5,Tiada jawapan 3 2 5,Jumlah 120 100 00. Tiada jawapan mewakili soalan yang tidak dijawab oleh responden. Rajah 6 Budaya adat resam dan cara hidup yang diamalkan. Rajah 7 Mengamalkan cara hidup Kelantan kerana menuturkan dialek.


Related Books

English for high achievers in the academic and ...

English for high achievers in the academic and

What does Cambridge English: Advanced involve? Cambridge English: Advanced is at Level C1 of the Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). It is accepted by universities, employers and government departments worldwide as an indication that you have achieved a high level of skill in the English language.

Research Article Effects of Low-Level Laser Therapy, 660nm ...

Research Article Effects of Low Level Laser Therapy 660nm

Effects of Low-Level Laser Therapy, 660nm, in Experimental Septic Arthritis ... performed with equipment Ibramed, continuous emission, with a wavelength of nm, mW, and .

Mathematic model of an integrated blancher/cooler

Mathematic model of an integrated blancher cooler

veloped in 1981 by the Danish company Cabinplant International S.A. This machine incorporates systems for water recir-culation and heat recovery. Thus, the indirect steam heating and the evaporative cooling improve the energy e?ciency of the integrated blancher/cooler. Togeby, Hansen, and Mosekilde (1986) developed a

Automated sorting for size, sex and skeletal anomalies of ...

Automated sorting for size sex and skeletal anomalies of

to fillet them. Similar solutions are delivered by Cabinplant (Cabinplant A/S, Haarby, Denmark), Baader (Nordischer Maschinenbau Rud.Baader GmbH, Lubeck, Germany) and Avanti Engineering (Avanti Engineering AS, Mo i Rana, Norway) (reviewed by Mathiassen et al., 2011). Otherwise, fish grading for skeletal anomalies (at market size) and

IBEAKVED - Food and Drug Administration

IBEAKVED Food and Drug Administration

IBEAKVED SECTION 6 510(k) Summary Neurodyn Multiwave NV2621 510 (k) Number: K131629 Date of Submission: November 25, 2013 Submitter: IBRAMED EQUIPAMENTOS MEDICOS

Governing Council ISUPPORTI - UNDP

Governing Council ISUPPORTI UNDP

Governing Council of the United Nations Development Programme Distr. GENERAL DP/1991/10/Add.4 16 September 1991 ENGLISH ONLY Thirty-eighth session 3-25 June 1991, New York Item 2 of the provisional agenda ISUPPORTI ANNUAL REPORT OF THE ADMINISTRATOR FOR 1990 STATISTICAL ADDENDUM MAJOR EQUIPMENT ORDERED 91-30166 2607g (E) /...

AUTOMATIC WEIGHT AND QUALITY GRADING OF WHOLE PELAGIC FISH

AUTOMATIC WEIGHT AND QUALITY GRADING OF WHOLE PELAGIC FISH

AUTOMATIC WEIGHT AND QUALITY GRADING OF WHOLE PELAGIC FISH J. R. MATHIASSEN(a), S ... 1991). To meet the increasingly more stringent . NFTC 2006 Nor-Fishing Technology Conference, Trondheim, Norway, August 7-8, 2006 demands, the primary processor has the choice between more operators or automation of the grading tasks. The need for automation of basic processing operations to obtain faster ...

fhIEh~JA N 27 - Food and Drug Administration

fhIEh JA N 27 Food and Drug Administration

IBRAMED with this standard. Conclusion Based on the data and information presented in this submission, the Sonopulse Compact 1MHz and Sonopulse Compact 3MHz are ...

Published List - Repeater Builder

Published List Repeater Builder

Price and Availability List Effective July 5, 2005 Published List Accessories Antennas Batteries Replacement Parts and Kits Site Equipment Test Equipment

RECOMMENDED READING LISTS Grades 1-8

RECOMMENDED READING LISTS Grades 1 8

Short Stories Four on the Shore by Edward Marshall ... Sip of Aesop by Jane Yolen The True Story of the Three Little Pigs by Jon Sciezka Young Lancelot by Robert San Souci Historical Fiction The Bread Winner by Arvella Whitmire Little House on the Prairie Series by Laura Ingalls Wilder Pink and Say by Patricia Polacco Sarah, Plain and Tall by Patricia MacLachlan Seaman: The Dog Who Explored ...