Bab Ii Landasan Teori A Motivasi Kerja 1 Pengertian Motivasi-Books Pdf

BAB II LANDASAN TEORI A Motivasi Kerja 1 Pengertian Motivasi
20 Feb 2020 | 17 views | 0 downloads | 24 Pages | 229.50 KB

Share Pdf : Bab Ii Landasan Teori A Motivasi Kerja 1 Pengertian Motivasi

Download and Preview : Bab Ii Landasan Teori A Motivasi Kerja 1 Pengertian Motivasi


Report CopyRight/DMCA Form For : Bab Ii Landasan Teori A Motivasi Kerja 1 Pengertian Motivasi



Transcription

Motivasi kendiri adalah penting kerana dalam dunia kerjaya perguruan banyak cabaran yang. terpaksa ditempuhi Cabaran ini adakala berjaya dilalui dengan mudah tetapi adakalanya amat. sukar untuk ditempuhi sehingga menganggu prestasi dalam perkhidmatan seseorang pendidik. Kajian literatur banyak membuktikan bagaimana seorang guru mengalami tekanan dan. penurunan dalam prestasi kerja dan lebih membimbangkan lagi apabila sesetengahnya mula. memasang niat untuk berhenti kerja bagi mencari kerjaya yang bersesuaian dengan dirinya. Menurut Barling 1990 stress dilihat sebagai penurunan kepada kualiti kerja dan keinginan. untuk meninggalkan pekerjaan Sapora Sipon 2010 turut menyatakan bahawa cabaran yang. tidak dapat ditangani oleh guru akan menyumbang kepada stress yang tinggi Stress dalam. kalangan guru akan menjadi halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan memberi kesan. kepada fizikal dan psikologikal guru Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa tanpa. motivasi kendiri yang tinggi seseorang pendidik amat sukar untuk melalui pelbagai cabaran. dalam kerjaya,ISU ISU DALAM KERJAYA PERGURUAN, Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. antara masa bekerja dan masa tidak bekerja Menurut Noriah 1994 keadaan sedemikian boleh. mewujudkan tekanan kepada guru guru Selye 1969 menyatakan bahawa tekanan yang. berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza beza daripada. tahap rendah hingga ke tahap serius Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan. lesu marah kecewa dan benci Muchinsky 1997 Noriah 1994 juga turut menyatakan bahawa. tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar Mereka bukan sahaja perlu mengajar. malah perlu melakukan kerja kerja pengkeranian dan pentadbiran menjalankan aktiviti. kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru Noriah. 1994 Melihat kepada situasi tersebut ianya akan memberi kesan terhadap penururunan tahap. motivasi guru dalam pekerjaannya sekiranya tidak diambil langkah langkah untuk. membendungnya, Kajian kajian literatur banyak membuktikan terdapat penurunan dari aspek kepuasan kerja akibat. kurangnya motivasi kendiri yang wujud dalam diri Menurut Sapora Sipon 2009 masalah. kepuasan kerja guru perlu ditangani kerana ia boleh menjadi satu ancaman dalam bidang. pendidikan Banyak kajian yang menunjukkan guru seringkali gagal dalam menikmati kepuasan. kerja yang tinggi Ezdiani Awg 2004 Narimah 2003 Nor Amrah 2002 Lim 2002 Rasa tidak. puas hati pekerja akan menyumbang kepada penurunan kualiti kehidupan guru Chua Adi. Fahrudin 2002 kesejahteraan pekerja Romano Wahlstrom 2000 dan seterusnya memberi. kesan terhadap tahap profesionalisme guru Sapora Justina 2002 Kajian kajian Betoret. 2006 Philip 1999 Tan 2002 dan Sim 2002 jelas membuktikan bahawa guru mengalami. kepuasan kerja yang rendah Simpton simpton kepuasan kerja boleh dilahirkan dalam bentuk. tingkahlaku seperti tidak hadir bekerja sering merungut dan pulang awal Kajian Ahmad Jawahir. 2009 ke atas Guru Khas Matapelajaran Pendidikan Islam juga mendapati bahawa majoriti. responden 71 2 menyatakan tahap kepuasan mereka sederhana 28 8 menyatakan kepuasan. mereka tinggi dan tiada seorangpun yang memiliki kepuasan rendah. Berdasarkan dapatan kajian oleh pengkaji pengkaji sebelum ini berkaitan dengan situasi yang. dialami oleh guru guru jelas menunjukkan bahawa guru guru mempunyai permasalahan dalam. menangani cabaran dalam kerjaya perguruan Kajian oleh Syed Sofian 2010 juga menunjukkan. bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja keatas niat berhenti kerja Hal ini. membuktikan bahawa pentingnya kepuasan dalam kerjaya bagi mengelakkan berlakunya hasrat. untuk berhenti kerja dalam kerjaya perguruan,KEPENTINGAN MOTIVASI KENDIRI DALAM MENINGKATKAN. PROFESIONALISME KEGURUAN, Motivasi kendiri amat penting kerana ianya diibaratkan sebagai pemangkin untuk pembangunan. diri secara spiritual bagi merealisasikan harapan dan cita cita yang dibina Motivasi kendiri perlu. dipupuk dan ianya tidak datang sendiri Memupuk motivasi kendiri secara berterusan akan. menjadikan motivasi kerja semakin meningkat dan akhirnya menjadikan pekerjaan sebagai. sesuatu yang bermakna dalam kehidupan Friedlandler 1966 Motivasi kerja juga penting. untuk membentuk sikap yang positif dan peningkatan prestasi dalam kerjaya Hung Wen Lee. Ching Hsiang Liu 2009 Wijono 1997 Kemahiran dalam motivasi kendiri mengandungi lima. aspek utama yang perlu dimiliki oleh guru sekaligus membantu guru meningkatkan. profesionalisme keguruan Lima aspek tersebut ialah dorongan pencapaian komitmen inisiatif. optimis dan minat Goleman 1995 dan Noriah 2005 Penerangan mengenai kepentingan. aspek tersebut dalam meningkatkan profesionalisme keguruan adalah seperti berikut. a Dorongan Pencapaian, Dorongan pencapaian merupakan kemahiran individu yang berorientasikan penghasilan.
McCllelland 1993 Guru yang mempunyai dorongan pencapaian yang tinggi akan sentiasa. mempunyai semangat untuk mencapai sesuatu matlamat atau kecemerlangan yang piawai dalam. kerjaya yang diceburinya Dalam meletak sasaran matlamat yang mencabar mereka bersedia. mengambil risiko yang telah dipertimbangkan sebelumnya Noriah 2005 Mereka juga sentiasa. menimba pelbagai maklumat untuk mengurangkan ketidaktentuan dan mencari jalan untuk. membuat sesuatu dengan lebih baik Mereka sentiasa terdorong untuk mempelajari cara cara. yang dapat meningkatkan prestasi diri Oleh itu mereka sangat menghargai respon daripada top. performers tentang cara yang digunakan untuk mencapai prestasi terbaik mereka. Dalam kerjaya perguruan dorongan pencapaian yang menjadi keutamaan adalah merealisasikan. matlamat pendidikan negara dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam segala bidang Guru. perlu meletakkan matlamat untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan. ketrampilan di samping keperluan menerapkan nilai nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. Guru juga perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di. kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral Dengan adanya matlamat yang. dijadikan fokus utama perjalanan karier seseorang pendidik menjadi lebih terarah dan sekaligus. mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan Terhasilnya kecemerlangan memberi kesan. terhadap peningkatan tahap motivasi kendiri seorang pendidik terhadap kerjaya yang dipilih. Dorongan pencapaian juga menjadi pemangkin kepada pemupukan budaya kerja cemerlang. Usaha pemupukan budaya kerja cemerlang ditentukan oleh tahap motivasi dan matlamat yang. ada dalam diri Seorang pendidik perlu melihat sejauhmana mereka merasa perlu melakukan. kerjanya dengan cemerlang dan merasa gembira dengan segala tindakan yang telah dilakukan. serta persekitaran kerjanya Islam juga amat menekankan amalan budaya kerja cemerlang. sebagai tuntutan kecemerlangan dalam kerjaya melalui sifat kompetitif Penegasan terhadap nilai. terkandung dalam Firman Allah yang bermaksud, Dan bagi tiap tiap umat ada kiblatnya yang ia mengadap kepadanya Maka berlumba. lumbalah kamu dalam berbuat kebajikan Di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan. mengumpulkan kamu sekalian pada hari kiamat Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. atas segala sesuatu,al Baqarah 148, Konsep kompetitif dalam Islam bukan sekadar dalam urusan melaksanakan kebaikan atau. mengurus tetapi juga kompetitif dalam melakukan urusan koreksi atau pembaikian atas. kesilapan Dalam konteks keimanan ia bererti bertaubat Hal ini dapat difahami melalui perintah. Allah s w t dalam Surah al Hadid 21 sebagaimana berikut. Berlumba lumbalah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luas. seluas langit dan bumi disediakan untuk orang orang yang beriman kepada Allah dan. Rasul rasulNya Itulah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang. dikehendakinya dan Allah itu mempunyai kurniaan yang besar. Surah al Hadid 21, Melalui perbincangan diatas jelaslah menunjukkan bahawa melalui dorongan pencapaian yang. wujud dalam diri seseorang pendidik lebih memahami 1 apakah matlamat utama yang perlu. dicapai dalam kerjayanya 2 apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapainya 3 adakah. setiap urusan kerja yang dilakukan berlandaskan jalan Allah 4 apakah kekurangan diri yang. perlu diperbaiki demi kecemerlangan kerjaya dan lain lain lagi Pemahaman yang mendalam. berkaitan aspek tersebut membolehkan seseorang pendidik sentiasa membuat penilaian terhadap. diri dan berusaha untuk mencapai matlamat kerjaya yang diimpikan. b Komitmen Kerja, Komitmen menggambarkan kebolehan mensejajarkan matlamat diri dengan matlamat organisasi. Individu yang mempunyai komitmen yang tinggi akan bersedia membuat pengorbanan demi. mencapai matlamat organisasi yang lebih besar Mereka dapat menggunakan nilai nilai utama. kumpulan dalam membuat keputusan dan menjelaskan pilihan serta aktif meneroka peluang. peluang untuk mencapai misi kumpulan Individu yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam. sesebuah organisasi akan menikmati rasa kepunyaan kepada organisasi yang disertainya. Goleman 1998 Individu yang telah terangsang dengan matlamat yang dikongsi bersama. biasanya mempunyai iltizam yang lebih tinggi berbanding dengan insentif kewangan Individu. ini juga mengetahui pengertian nilai kerja memiliki keprihatinan kesetiaan dan sedia memberi. komitmen spontan tanpa berbelah bagi demi kejayaan organisasi. Dalam kerjaya perguruan komitmen terhadap kerjaya adalah bergantung kepada sejauhmana. seseorang guru itu melaksanakan tugasannya dalam mendidik dengan bersungguh sungguh dan. berdedikasi atau bekerja seolah olah organisasi itu miliknya sendiri Dalam konteks mendidik. pelajar juga seseorang guru tidak mengamalkan sikap sambil lewa dalam mendidik dan. menganggap tanggungjawab mendidik pelajar bagaikan mendidik anak sendiri. Komitmen sebenarnya mempunyai kaitan dengan kepuasan kerja Namun demikian seseorang. yang komited pada kerja tidak semestinya seseorang yang berpuas hati terhadap kerjayanya Ada. kemungkinan ketidakpuasan hati itu lahir daripada sistem ganjaran yang tidak memuaskan dasar. pembuatan keputusan yang tidak menyeluruh dan sebagainya Oleh yang demikian langkah. tertentu perlu diambil bagi mengatasi permasalahan ketidakpuasan kerja agar keseronokan dalam. bekerja dapat dicapai sekaligus meningkatkan lagi tahap komitmen terhadap tugas Kajian. Noorhafeza Herliani Adey Ferlis Hj Bahari 2010 terhadap kepuasan kerja dan hubungannya. terhadap komitmen terhadap organisasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan. antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi Kekuatan elemen komited sehingga membentuk. budaya kerja ini juga boleh dinilai melalui sabda baginda yang lain yang bermaksud. Wahai segenap manusia hendaklah beramal soleh sesuai dengan kemampuan kamu. sesungguhnya Allah s w t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu Amal yang. paling dicintai Allah itu ialah amal yang dikerjakan secara rutin dan terus menerus. walaupun sedikit, Perkataan itqan dalam hadith pertama dimaksudkan sebagai komited tekun dedikasi dan.
berterusan Dalam al Quran Allah s w t menyebut dalam Surah al Insyirah 7 yang bermaksud. Dan apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh maka bersungguh. sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain. Dengan itu perlulah disedari bahawa budaya kerja cemerlang bukanlah suatu warisan turun. temurun ia bergantung kepada komitmen kerja setiap penjawat awam pada setiap peringkat. perkhidmatan Komitmen pula tidak akan lahir secara kekal jika pengurus organisasi tidak. mengusahakan pelbagai bentuk motivasi staf latihan persekitaran yang kondusif termasuklah. perkhidmatan kaunseling daripada semasa ke semasa Oleh itu adalah penting untuk mengenal. pasti ukuran penilaian bagi budaya kerja cemerlang dan beriltizam serta memperkukuhkan. kerjasama yang kental untuk mencapainya secara holistik. c Inisiatif, Inisiatif ialah sifat seseorang yang mempamerkan sikap proaktif dan bersedia merebut peluang. Individu yang memiliki sifat ini biasanya melaksanakan tugas melangkaui matlamat yang. diperlukan dan diharapkan daripada mereka Inidividu ini juga akan melalui dan melenturkan. peraturan apabila perlu demi menyelesaikan sesuatu pekerjaan Berupaya mengembeling rakan. rakan dan sumber sumber lain dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan cara tersendiri. Individu sedemikian akan terus berusaha sehingga cita cita yang diimpikannya tercapai Mereka. dapat menggerakkan individu lain menerusi daya usaha yang luar biasa Individu yang. mempunyai inisiatif yang tinggi beranggapan bahawa apabila dia mengetahui sesuatu yang. diingini dan dapat melihat kebolehlaksanaannya dia dapat merangka langkah langkah untuk. melaksanakannya Noriah 2005 Seterusnya hanya ketekunan dan ketabahan yang akan. menentukan pencapaian Walaupun inisiatif merupakan amalan terpuji individu perlu. menyeimbangi sifat ini dengan kesedaran sosial bagi mengelakkan kesan kesan negatif yang. tidak bertujuan Dalam kerjaya perguruan sifat inisiatif yang tinggi amat penting dalam mencari. teknik dan kaedah baru bagi meningkatkan lagi tahap keberkesanan pengajaran dan. pembelajaran Sifat inisiatif juga bukan sahaja difokuskan kepada diri sendiri tetapi turut. berkongsi ilmu dengan rakan sejawat yang lain, Sifat inisiatif juga turut digalakkan dalam Islam Perkataan inisiatif yang sesuai diletakkan. dalam konteks Islam ialah ihtiati Dalam bidang ilmu dan pendidikan istilah revolosi ilmu. sangat sesuai untuk digunapakai Ia juga dinamakan revolusi pemikiran Al Quran dan. Assunnah merupakan teras Ilmu Islam telah mencetuskan Ilmu Sains yang menggunakan. prinsip prinsip rasional eksperimen dan emperikal Kesepaduan Ilmu ini sebenarnya hendaklah. diambil kesempatan oleh guru guru muslim dalam meningkatkan profesionalisme keguruannya. Tajul Arifin et all 2002 Guru guru yang mempunyai inisiatif ini akan sentiasa memikirkan dan. mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya proses pengajaran dan. pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan Sehubungan dengan itu setiap guru perlu. menguasai ilmu pedagogi dalam melaksanakan kehendak kehendak kurikulum Dalam. perspektif Islam betapa perlunya kita memanfaatkan penggunaan akal yang dikurniakan Allah. untuk mencari kepelbagaian inisiatif Justeru guru yang bermotivasi akan menggunakan akal. anugerah Allah ini untuk memikirkan jalan jalan yang boleh diterokai dalam meningkatkan. profesionalisma mereka sesuai dengan maksud firman Allah. berfikirlah kamu wahai orang orang yang mempunyai akal fikiran. al Hasyr 59 2, Di samping itu Islam melihat jauh kehadapan dari sudut imbuhan dan balasan bilamana. seseorang guru yang mempunyai iman itu melaksanakan tugas dengan memikirkan inisiatif. inisiatif yang boleh membantu berkembangnya ilmu dan pendidikan Sudah tentu apa yang. dicari dari sudut agamanya ialah keberkatan pekerjaan itu sendiri Oleh sebab itu dalam. melaksanakan tugas ini imbuhan duniawi tidak perlu difikirkan sangat sebaliknya imbuhan. akhirat dan keberkatan itu yang dicarinya Bilamana ada keberkatan dalam pekerjaan maka. hasilnya juga akan menjadi lebih baik dan sempurna. Optimis dikaitkan dengan ciri individu yang beristiqamah dalam mencapai cita cita walaupun. terdapat halangan dan masalah Cara seseorang individu menginterpretasikan halangan adalah. berkaitan dengan sifat optimistik Individu yang optimistik melihat dari sudut harapan untuk. berjaya dan bukan dari sudut kemungkinan untuk gagal Mereka melihat masalah atau. halangan terhadap pekerjaan sebagai cabaran yang boleh diatasi dan bukan kelemahan peribadi. Mereka berpendapat bahawa kesilapan adalah harta ke arah peluang memperbaiki diri Setiap. cabaran yang dihadapi akan disambut dengan hati yang terbuka dan ketentuan bahawa kejayaan. sentiasa ada jika seseorang ingin berusaha Noriah 2005. Islam sentiasa memandang positif dan optimis terhadap manusia Justeru itu manusia diberikan. kemuliaan oleh S W T Oleh sebab itu Islam memandang manusia itu makhluk yang suci. dilahirkan dalam keadaan suci dan mampu untuk bertindak dan berfikir dalam keadaan yang. penuh kesucian, Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak anak Adam Kami angkut mereka di. daratan dan di lautan Kami beri mereka rezeki dari yang baik baik dan Kami. lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang. telah kami ciptakan,Al Isra 70, Salah satu contoh aplikasi pandangan positif dan optimis Islam tentang manusia adalah.
penyebutan hati qalbu dengan istilah nurani Dari perspektif Islam guru guru yang. mempunyai hati yang mulia dan kebijaksanaan akal yang baik akan sentiasa optimis terhadap. apa yang ingin dilaksanakannya Sehubungan dengan itu keimanan merupakan asas kepada. penerapan nilai nilai budaya kerja yang baik dan optimistik Fathiyyah 2012 Keimanan. berfungsi sebagai instrumen yang menyeimbangkan dua dimensi iaitu rohani dan jasmani agar. manusia khususnya guru cenderung menerima nilai yang baik untuk diamalkan. Keimanan juga adalah senjata yang mampu mengubah individu menjadi insan baharu yang. sanggup melakukan lonjakan perubahan pada dirinya Fathiyyah 2012 Oleh sebab itu apabila. kita melihat sejarah Sayidina Umar al Khattab boleh meninggalkan semua amalan jahiliahnya. setelah beliau memeluk Islam dan beliau sentiasa optimis dalam melaksanakan tuntutan agama. yang dianutinya itu Dalam konteks keguruan pula seharusnya seseorang guru yang mempunyai. akal yang sempurna hati yang baik iman yang kukuh akan sentiasa optimis terhadap bidang. tugasnya sebagai guru bahkan sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalismanya ke. arah yang lebih baik, Minat adalah kecenderungan yang mendalam terhadap sesuatu yang menarik perhatian. seseorang Minat timbul hasil daripada interaksi antara individu persekitaran dan rangsangan. yang wujud dalam persekitaran tersebut Jika rangsangan yang wujud kekal lama maka minat. yang terbina akan kekal secara berterusan Minat timbul melalui rangsangan berbentuk ektrinsik. namun jika minat tersebut berterusan ia akan menjadi sesuatu yang intrinsik Individu yang. mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu tugas akan kekal lebih lama dalam. menjalankan tugas tersebut Individu tersebut juga akan melakukan sesuatu tugas sehingga. selesai dan mereka sangat menyayangi tugas yang diberikan Noriah 2005. Tidak dapat dinafikan bahawa minat merupakan antara faktor utama seseorang guru itu dapat. meningkatkan tahap profesionalismanya Minat yang disusuli dengan motivasi diri akan. menjadikan seseorang itu akan sentiasa gembira dan ceria dengan tugas yang dilaksanakannya. Dalam erti kata yang lain seseorang itu akan lebih positif dalam tindakannya Dalam sebuah. hadis baginda Rasululullah s a w ada berpesan kepada kita. sesungguhnya Allah menyukai kerja seseorang itu yang apabila dia melakukan dia. lakukan dengan tekun dan bersungguh sungguh,riwayat Abu Daud. Menurut hadis ini apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun. sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya maka dia termasuk dalam kategori manusia yang. disukai oleh Allah s w t Pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh sungguh. biasanya datang dari minat yang mendalam terhadap kerja yang dilakukan Minat yang ada ini. lebih terserlah apabila seseorang guru yang beriman itu merasakan dan beranggapan bahawa. melaksanakan tugas itu adalah amanah yang mesti dilaksanakan Justeru dalam melaksanakan. tugasan ini seseorang guru yang mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi tidak akan lupa. untuk mempraktikkan nilai nilai murni yang ada dalam Islam Pelaksanaan nilai nilai Islam. dalam bertugas adalah perlu Ini adalah kerana banyak gejala krisis etika telah melanda negara. negara maju lain di dunia dewasa ini Mohd Yusof 1998. KESIMPULAN, Berdasarkan perbincangan di atas jelaslah menunjukkan bahawa aspek dalam motivasi kendiri. komponen kecerdasan emosi yang terdiri daripada dorongan pencapaian komitmen inisiatif. optimis dan minat dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja guru sekali gus meningkatkan tahap. profesionalisme keguruan Banyak permasalahan berlaku dalam kalangan guru akibat. ketidakpuasan hati dalam pekerjaan Ini mengakibatkan berlakunya penurunan produktiviti. Lima aspek motivasi kendiri tersebut bukan sahaja dipersetujui oleh mana mana forum. ilmu dan pembacaan malah Islam sendiri memberi penekanan kepada umatnya agar meletakkan. matlamat dalam segala hal yang dilakukan melaksanakan tanggungjawab yang diberi secara. bersungguh sungguh dan penuh kejujuran dan sentiasa mencari inisiatif dalam meningkatkan. lagi pengetahuan dalam bidang yang diceburi Oleh yang demikian sebagai pendidik yang. cemerlang bukan sahaja cemerlang IQ nya malah cemerlang dalam aspek kecerdasan emosi. EQ Tahap motivasi kendiri yang tinggi adalah sebahagian daripada kemahiran dalam. kecerdasan emosi yang boleh membantu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam. Fathiyah Mohd Fakhruddin 2012 Guru Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Peranan dan. Cabaran Serdang Universiti Putra Malaysia, Goleman D 1996 Emotional Intelligence Why it can matter more than IQ London Bloomsbury. Publishing, Goleman D 1998 Working with emotional intelligence New York Bantam Books.
Goleman D 1995 Emotional intelligence New York Bantam Books. Goleman D 1999 Working with emotional intelligence New York Bantam Books. Mohd Yusof Othman 1998 Membangun Insan Berkualiti Selangor Utusan Melayu Berhad. Noriah Mohd Ishak Siti Rahayah Ariffin Syed Najmuddin Syed Hassan 2003 Kepintaran. emosi Dan hubungannya dengan nilai kerja Jurnal Teknologi 39 E 75 82. Noorhafeza Herliani Adey Ferlis Hj Bahari 2010 Hubungan antara kecerdasan emosi. kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi Jurnal Kemanusiaan bil 16 Dis 2010. Syed Sofian Syed Salim 2010 Kesan kecerdasan emosi ke atas tekanan kerja kepuasan. penglibatan bekerja serta niat berhenti kerja di kalangan guru Tesis Dr Fal Fakulti Sains. Sosial Dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sapora sipon 2010 stress kerja guru punca kesan dan strategi daya tindak Prosiding seminar. profesion perguruan, http ddms usim edu my bitstream handle 123456789 2742 Stres 20Kerja 20Guru 20 20Pu. nca 20Kesan 20dan 20Strategi 20Daya 20Tindak pdf sequence 1. Tajul Ariffin Noraini Dan 2002 Pendidikan dan pembangunan manusia pendekatan.


Related Books

Challenges of Teaching/Learning English and Management

Challenges of Teaching Learning English and Management

Challenges of Teaching/Learning English and Management . Dr Intakhab Alam Khan . Abstract - Teaching of English as a Second/Foreign language is always a challenging task.

The Work of Teaching and the Challenge for Teacher Education

The Work of Teaching and the Challenge for Teacher Education

Additional services and information for Journal of Teacher Education can be found at: ... The Work of Teaching and the Challenge for Teacher Education

EVALUASI PEMBELAJARAN AUD - repository.uinsu.ac.id

EVALUASI PEMBELAJARAN AUD repository uinsu ac id

Evaluasi Pembelajaran AUD pada Program Studi Pendidikan Islam Anak Usia Dini Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara Medan. Demikianlah rekomendasi ini diberikan untuk dapat dipergunakan seperlunya. Medan, 24 Oktober 2018 Yang menyatakan, Dr. Masganti Sit, M.Ag NIP. 196708211993032007. KATA PENGANTAR Alhamdulilah, puji syukur kepada Allah SWT, dengan rahmat ...

Sustainable Development Goals (SDGs) and implications for ...

Sustainable Development Goals SDGs and implications for

Structure of the 2030 Agenda for SD (1) Declaration Vison, Shared Principles & Commitments; and A Call for action to Change Our World (2) Sustainable Development Goals 17 SDGs and 169 Targets (3) Follow-Up and Review National, Regional and Global (4) Implementation Means of Implementation and Global Partnerships 2030 AfSD Source: UNDG, 2016: 6

National Sustainable Development Strategy

National Sustainable Development Strategy

of the regional strategies for sustainable development 2 Call for tender (addressed to associations and companies + foundations, universities and research centers) for the development of activities towards the implementation of the National Sustainable Development Strategy at territorial level. 2. PON GOVERNANCE - CReIAMO PA Project

Le avventure di Pinocchio - Il magico mondo di Pinocchio

Le avventure di Pinocchio Il magico mondo di Pinocchio

II Maestro Ciliegia regala il pezzo di legno al suo amico Geppetto, il quale lo prende per fabbricarsi un burattino maraviglioso, che sappia ballare, tirar di scherma ...

UK Justice Policy Review FOCUS

UK Justice Policy Review FOCUS

UK Justice Policy Review Focus is a series that sits alongside the annual UK Justice Policy Review reports. It offers in-depth analysis of criminal justice policy and data developments. The views expressed in this document are those of the authors and not necessarily those of the Centre for Crime and Justice Studies or The Hadley Trust.

Interventions for High-Risk Youth: Applying Evidence-Based ...

Interventions for High Risk Youth Applying Evidence Based

works possess several of the characteristics that put youth in contact with the criminal justice system, including dysfunctional family relations, alcohol and drug problems, and anti-social companions.2,3 The criminal and juvenile justice fields have developed effective, evidence-

Kilauan Mutiara Hikmah Dari Nasihat Salaful Ummah

Kilauan Mutiara Hikmah Dari Nasihat Salaful Ummah

Kilauan Mutiara Hikmah Dari Nasihat Salaful Ummah Kata Pengantar Penerjemah Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita memuji-Nya, memohon ampunan dan perlindungan-Nya dari kejahatan hawa nafsu kita dan kejelekan amalan kita. Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada

Background image provided by the Department of Defense

Background image provided by the Department of Defense

instance, a desert boot was developed and adopted in 1991 to include features and improvements specified by General Schwarzkopf for Opera-tion Desert Storm.